Minggu, Oktober 19, 2008

Edisi Nopember 2007

Islam sebagai Sendi Tamadun Melayu
Oleh : MUHAMMAD THOHIRAN
senapelan_mt.yahoo.co.id



Perjuangan dalam mempertahankan dan memartabatkan bangsa Melayu seakan telah bertukar corak senarai dengan derasnya arus globalisasi yang melanda jagat ini. Akibatnya, kegemilangan dan keelokan yang pernah berjaya di bumi Melayu ini terus saja menguap di belantara budaya yang tak berbatas. Agaknya, perlulah kiranya kita untuk kembali meneroka ke sejarah silam.


Sultan Sultan Mahmid Syah saat beliau dinobatkan menjadi sultan Kerajaan Pekantua Kampar di Kerumutan Pelalawan, Maret 1526 silam, seperti yang dikutip Tenas Effendy, pernah berucap, “Apabila seluruh orang Melayu mempunyai “semangat Melayu” yang kukuh, yang akarnya menghujam ke bumi dan pucuknya menjulang sampai ke langit, maka Melayu akan tetap berjaya sampai kiamat”.

Tidaklah salah bila kita merenungi anjuran yang disampaikan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd. Rustam dalam Pembukaan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam ke-8 di Hotel Holiday Inn, Banda Hilir Melaka, 14 Nevember 2006 silam, agar generasi muda Melayu dapat mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai pedoman bahwa bangsa Melayu dan umat Islam di masa lalu merupakan bangsa yang mampu membina empayer dan tamadunnya sendiri sehingga disegani di seluruh dunia.

Orang Melayu adalah penganut Islam dan kebudayaannya adalah budaya Melayu yang Islami. Budaya inilah yang terus berkembang dan diwarisi secara turun-temurun dan menjadi jati diri kemelayuannya. Namun, apa jadinya kalau Islam hanya dilihat sebatas agama warisan. Atau seseorang menjadi Islam hanya karena orangtuanya Islam. Atau orang Melayu menjadi Islam hanya karena bangsanya menganut agama Islam. Padahal, kita tentu memahami bahwa Islam secara warisan belum tentu menjamin menjadikan kita sebagai umat Islam yang sejati. Inilah tafsiran Islam bersifat evolusi yang perlu kita teliti kembali betapa Islam bukan warisan atau lakaran sejarah semata-mata (hadharah), tetapi masa depan yang lebih jauh dan panjang (hadhari).

Malik bin Nabi, seorang sarjana ketamadunan Islam mengatakan bahwa apapun rupa dan perkakas aksesoris yang dimiliki oleh seorang Muslim namun terajunya Islam sebagai sendi harus mampu mencorak dalam pribadi dan menghias sanubari. Sebab, Islam bukanlah sekedar percaya melainkan suatu manifestasi cara hidup manusia yang tinggi.

Menjadi seorang Muslim mungkin belum memadai sekiranya ilmu Islam tidak dipahami dan diamalkan, apatah lagi jika tidak dihayati. Itu tidak termasuk mereka yang menyalahgunakannya demi kepentingan pribadi sekali tinggi ilmu agama tetapi jika tidak tahu berbakti maka runtuhlah tamadun karena tafsiran agama yang keliru dan tidak semestinya.

Perlu disadari bahwa kekuatan dan kelemahan seorang muslim bergantung setakat mana ilmu Islam dipahami dan setakat mana ajaran Islam dihayati. Bukan sekedar kepada kehebatan agama semata-mata tapi sebijak mana umat Islam mampu menterjemahkan Islam dalam satu bentuk ketamadunan sebagai ukuran kehidupan guna membina kemajuan dan demi kemakmuran masa depan. Mengingat, persebatian Melayu dan Islam pernah berjaya menjadi teras dan paksi, sehingga ketamadunan Melayu bukan saja mengandung sejarah yang panjang melainkan juga mewariskan karya sastra bernilai tinggi, aspek maritim, perdagangan dan pemerintahan.

Namun, yang terjadi pada hari ini adalah Islam hanya berkembang dalam batas kerohanian yang sempit dan tidak diterjemahkan sebagai suatu cara hidup yang lengkap. Sedangkan awalnya, Islam menuntut kemuncak penganutnya memacu ke peradaban yang tinggi.

Untuk itu, Islam sebagai suatu agama yang menghasilkan cara hidup telah menuntut kita sebagai umatnya supaya mempunyai ilmu dan senantiasa mengamalkannya. Menjadikan Islam sebagai petunjuk dalam membina keyakinan manusia agar dapat menjadi khalifah karena membina tamadun adalah tanggungjawab kita.

Insya Allah ...

0 komentar:

Posting Komentar

 
Kubah Senapelan © 2008 Design Template by Muhammad Thohiran